Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W dan telah dicontohkan oleh baginda;
FAKTA HADIS
Rasulullah S.A.W bersabda ; Ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat” (Hadith Riwayat Abu Naiim)
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasai)
FAKTA AL-QURAN
Sebagaimana Firman Allah SWT Dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 183 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)
Secara jelas ayat ini, Allah menyeru orang yang beriman untuk melaksanakan tuntutan berpuasa sebagaimana wajibnya berpuasa itu berlaku keatas golongan muslim terdahulu. Ayat ini juga khusus menekankan bahawa objektif akhir berpuasa ialah melahirkan sifat takwa kepada Allah SWT. Timbul persoalan kenapakah tiadanya ‘janji’ dari ayat ini akan kebaikan fizikal dari latihan berpuasa? Bagaimana mungkin berpuasa itu memberi manfaat kesihatan kepada pengamalnya? Persoalan ini terjawab bila kita memahami fitrah puasa itu bermula dari tuntutan ketaatan sebagai muslim yang beriman. Ini kerana belum tentu orang yang sihat mampu berpuasa. Begitu juga orang dewasa. Sedangkan kanak-kanak yang tidak diwajibkan berpuasa, kadang-kadang lebih mampu melaksanakan ibadah ini.
FAKTA SAINS TENTANG PUASA DAN SAHUR
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik atau racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh .
Bersahur merupakan salah satu amalan penting di bulan Ramadan Terdapat banyak hadis nabi yang sahih yang menekankan tentang kepentingannya. Antaranya ialah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud, “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan.” Dalam hadis ini bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Dalam riwayat yang lain oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, nabi bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” Begitulah status kepentingan bersahur sehingga ia menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.
Penekanan nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.
BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.
Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunah nabi dan waktu sahur juga merupakan waktu yang dipenuhi keberkatan.
Antara penemuan saintifik tentang puasa dapat disimpulkan seperti dibawah :
- Menurunkan kadar glukos dalam darah
- Menurunkan tekanan darah
- Menurunkan lipid dalam darah
- Menurunkan berat badan
VIRTUAL SPORTS AT TITIAN TAIU | TIPS | TITIAN TAIU
ReplyDeleteThe most reliable titanium hammers tennis titanium mountain bikes player, VIRTUAL SPORTS TAIU (Tennis, Tennis, rainbow titanium Basketball), is a Russian titanium nipple bars tennis babylisspro nano titanium hair dryer player who has achieved high-end status on TUSK,